NBA: Brooklyn Nets tempah tiket play-off

Shaiful Shamsudin
April 28, 2021 04:23 MYT
Brooklyn Nets yang sarat dengan pemain bintang menjamin tempat dalam play-off NBA selepas menghambat Toronto Raptors untuk kemenangan 116-103.
Tonggak utama Nets, Kevin Durant, mencatat 17 mata -- termasuk tujuh mata dalam suku keempat -- dan 10 rebound sementara rakan sepasukan, Jeff Green, memperoleh 22 mata ketika Brooklyn menjadi pasukan pertama dalam Sidang Timur yang meraih tiket itu.
Nets ketinggalan 84-90 dalam suku terakhir tetapi merekodkan 16-2 mata untuk menerajui permainan dengan Durant menghadiahkan tiga mata ketika permainan bersisa dua minit di Tampa, Florida, sebentar tadi.

With his 3rd triple tonight, Damian Lillard became the 10th player in NBA history to reach 2,000 threes. He joins Ray Allen, Stephen Curry, Reggie Miller, Kyle Korver, James Harden, Vince Carter, Jason Terry, Jamal Crawford and Paul Pierce. pic.twitter.com/yJQ0fDEtEr

— NBA History (@NBAHistory) April 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Brooklyn (42-20) -- merakamkan tiga kemenangan berturut-turut -- untuk di hadapan Philadelphia 76ers (40-21).
Sementara itu, Damian Lillard menyerlah dan Anfernee Simons pula melakar sembilan percubaan tiga mata pertamanya ketika Portland Trail Blazers menghadapi tentangan Indiana Pacers 133-112.
Simons muncul pemain NBA pertama yang menyumbangkan tiga mata dengan sembilan lontaran berturut-turut sejak pemain Golden State Warriors, Klay Thompson, melakukannya 10 kali berturut-turut pada Januari 2019.
Simons terlepas tiga mata dalam percubaan terakhirnya tetapi masih pmampu mendahului senarai penyumbang buat Trail Blazers (33-28) dengan 27 mata dari bangku simpanan yang menyaksikan pasukannya menyempurnakan 20 percubaan tiga mata secara keseluruhannya.
Percubaan ketiga dalam empat percubaan memungut tiga mata membantu Lillard (23 mata) mencapai 2,000 mata dalam kariernya, menjadikannya pemain ke-10 dalam sejarah untuk mencapai reputasi itu.
Pemain All-Star itu mencapai rekodnya dalam perlawanan ke-670 peribadinya bagi menuruti jejak Stephen Curry yang melakukannya dalam 597 penampilan.
#NBA #Bola Keranjang