Nadal: Thiem layak menang Terbuka AS

Muzaffar Musa
September 15, 2020 04:04 MYT
Rafael Nadal berkata bahawa Dominic Thiem layak untuk memenangi gelaran dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York semalam.
Thiem meraih gelaran utama pertamanya dengan kemenangan dramatik lima set ke atas Alexander Zverev dalam final di Flushing Meadows itu.
Pemain berbangsa Austria berkenaan menamatkan penantian itu selepas gagal dalam tiga final kejohanan grand slam, termasuk dua di tangan Nadal dalam Terbuka Perancis.
Nadal memuji kejayaan Thiem itu, yang tiba ketika pemain sepanyol itu dan Roger Federer tidak mengambil bahagian manakala Novak Djokovic pula dibatalkan penyertaan dalam pusingan keempat.
"Saya amat gembira untuk Dominic. Jika terdapat seorang pemain yang layak memenangi gelaran besar, dialah orangnya.
"Dia seorang yang amat bekerja keras, amat fokus dengan sasarannya, seorang yang baik, manusia yang baik. Dia layak memenanginya.

? pic.twitter.com/Ki27hfnh2X

— US Open Tennis (@usopen) September 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Malang buat Sascha (Zverev), dia amat hampir tetapi daripada beberapa aspek walaupun Sascha beraksi dengan amat baik dalam final, saya fikir laluan ke final yang ditempuhi Dominic lebih jitu.
"Ada beberapa aspek menunjukkan dia lebih layak menang dan Sascha akan memperoleh lebih banyak peluang selepas ini.
"Tetapi selepas kerja keras selama beberapa tahun, saya fikir Dominic lebih layak menang. Saya gembira untuknya," katanya.
#Rafael Nadal #Dominic Thiem #ATP #Tenis