Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang

Muzaffar Musa
Februari 26, 2021 04:40 MYT
Rafael Nadal menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Rotterdam selepas dinasihatkan untuk memberikan masa bagi memulihkan kecederaan belakangnya.
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan tetapi dia kini digantikan oleh pemain Amerika Syarikat, Reilly Opelka.
Juara 20 kali kejohanan grand slam itu bergelut dengan kecederaan belakang dan turut dipaksa untuk menarik diri daripada Piala ATP Sepanyol bulan ini.
Pemain berusia 34 tahun itu kemudian dibenarkan untuk beraksi dalam Terbuka Australia, di mana dia hanya melepaskan satu set sebelum tewas kepada Stefanos Tsitsipas dalam suku akhir.
Bagaimanapun, Nadal masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu dan akan terlepas satu lagi kejohanan.
Pemain nombor tiga dunia, Danill Medvedev, akan mengambil tempat Nadal selaku pilihan utama kejohanan di Rotterdam itu, yang akan berlangsung dari 1 hingga 7 Mac ini.

Unfortunately, Rafael Nadal is forced to pull out of the 48th ABN AMRO World Tennis Tournament. The back problems that started in Australia prevent him from playing next week. Daniil Medvedev, number 3 in the ATP Rankings, is now the top seed in the tournament. pic.twitter.com/XPXaX0ZZQG

— ABN AMRO WTT (@abnamrowtt) February 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #ATP #Tenis