Nadal lantik jurulatih dari Argentina

Ammar Hakim
Disember 19, 2022 22:13 MYT
Rafael Nadal telah melantik jurulatih baru selepas Francis Roig meninggalkan pasukannya.
Pemenang 22 grand slam itu telah membawa masuk khidmat pengendali kelahiran Argentina, Gustavo Marcaccio, untuk bekerjasama dengan jurulatih utama Carlos Moya dan Marc Lopez.
Nadal mengumumkan minggu lalu bahawa tidak lagi bersama Roig, setelah bekerja dengan pemain Sepanyol itu sejak 2005, untuk mengambil 'projek baharu'.
Dengan musim ATP baharu hanya beberapa hari lagi dari permulaan, Marcaccio telah menerima peluang untuk masuk, dengan jurulatih berusia 45 tahun itu telah memegang jawatan di akademi Nadal di Mallorca sejak 20 bulan lalu.
Marcaccio mempunyai kerjaya bermain mencapai kedudukan tertinggi ke-284 dunia, tetapi dia mempunyai kelayakan kejurulatihan yang kukuh, setelah bekerja dengan pemain seperti Juan Monaco, Svetlana Kuznetsova dan Guido Pella.
Nadal menulis di Twitter, "Hello semua. Saya ingin memaklumkan kepada anda mengenai Gustavo Marcaccio yang menyertai pasukan teknikal.
"Gustavo telah bekerja di @rafanadalacademy sejak April 2021 dan saya faham bahawa dia adalah tambahan yang baik kepada pasukan. Saya pasti dia akan banyak membantu kami untuk mengikuti laluan itu. Selamat datang!"
Nadal akan kembali ke Melbourne sebagai juara bertahan di Terbuka Australia pada Januari, setelah memenanginya dan Terbuka Perancis pada 2022 untuk mendahului Roger Federer dan Novak Djokovic dalam senarai grand slam lelaki sepanjang zaman.

2 - @RafaelNadal is the second player in the Open Era to have won two Grand Slams in a single year after turning 35 (Roger Federer in 2017). Legends. #NittoATPFinals pic.twitter.com/VWLEQ517fQ

— OptaAce (@OptaAce) November 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #Tenis