Penyertaan Azlan Shah Kamaruzaman dan Zaqhwan Zaidi bagi kategori MSBK1000 menghangatkan Kejohanan Perlumbaan Superbike Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Tambahan pula, Khairul Idham Pawi keluar daripada persaraan selain kelibat Syariffudin Azman bagi MSBK600.

Bagi pelumba Boon Siew Honda, Zaqhwan, perlumbaan kali ini berbeza disebabkan tempoh rehat yang panjang iaitu lebih kurang dua tahun.

"Sudah lama kami tidak berlumba, kami pasti akan berasa gayat.

"Kalau ketika menunggang kami mungkin saya ia laju sangat. Jadi kami perlu biasakan diri dan kawal jentera.

"Bagi saya semua orang sama sahaja, tiada kelebihan.

"Jadi saingan kali ini akan menjadi lebih sengit," kata bekas pelumba Moto2 negara itu.