MPLMY S13: Homebois laung pertahankan gelaran MPL MY musim 13

Saufi Tahir
Mac 27, 2024 08:46 MYT
Juara bertahan MPLMY musim lalu, Homebois, semestinya bakal turun dalam saingan musim ini dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan kali ini dengan kemasukan dua pemain baru iaitu Udil atau lebih dikenali Spicyboy dengan seorang lagi pemain kelahiran Filipina yang bermain di Gold Laner, Nets.
Homebois bakal berdepan Selangor Red Giants dalam perlawanan pertama minggu ini, dengan bermulanya musim baru MPLMY semestinya Homebois ingin mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu.
Berikut merupakan barisan rasmi Homebois untuk musim kali ini:
XORN - Roamer
CHIBI - Jungler
SEPAT - EXP Laner
UDIL - Mid Laner
NETS - Gold Laner
MAL -EXP Laner
PABZ - Ketua Jurulatih
NOBODY - Pembantu Jurulatih
ABEY - Penganalisis

Wah Homebois dah laung keyakinan awal nak pertahanan kejuaraan MPL MY! ??? Boleh ke tidak? Jom ketahui lebih rapat lagi persediaan Homebois yang akan hadir selaku tetamu Nadi Arena edisi khamis jam 7.30 malam ini! Eksklusif di Astro Arena 801HD ??? pic.twitter.com/OU2TwccaUI

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jangan lupa saksikan Homebois bersama Nureddy Nursal aka Daddyhood dan Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar aka Avaa pada Khamis jam 7:30 malam atau di Astro Arena 2 HD saluran 802.
#Homebois #MPL MY