Francesco Bagnaia berputih mata apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna sambil Maverick Vinales tidak mensia-siakan petak depan untuk menawan merangkul kemenangan dramatik sebentar tadi.

Bagnaia -- yang dinafikan petak depan bagi pusingan ketujuh itu atas peraturan memasuki laluan tidak dibenarkan di sebalik sekali lagi mencatatkan pusingan terpantas dalam sesi kelayakan di Misano semalam -- kelihatan bersedia untuk meraih kejayaan sulungnya dalam kancah MotoGP sebelum memasuki peringkat akhir.

Namun, pilu buat pelumba Itali itu -- yang berkelebihan 1.2 saat di depan -- apabila terbabas ketika aksi berbaki tujuh pusingan.

Vinales, yang memulakan dua perlumbaan berturut-turut di petak utama selain terlepas peluang keemasan dalam perlumbaan terakhir di litar sama, kali ini memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada untuk meraikan kemenangan pertamanya musim ini sekali gus melonjak ke kedudukan pendahulu kategori pelumba.




Pelumba Monster Energy Yamaha, Joan Mir (Suzuki Ecstar) yang bermula di petak ke-11 pula mengatasi Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Tech3) untuk tempat kedua.

Quartaro melintasi garisan penamat untuk menguasai kdudukan ketiga, tetapi dikenakan penalti berdasarkan peraturan yang diperkenalkan tahun lalu yang menyebabkan penunggang Perancis itu terlepas menaiki podium apabila dikenakan hukuman tiga saat selepas perlumbaan dan secara tidak langsung menyaksikan Espargaro menyambar posisi terakhir podium.

Juara hujung minggu lalu yang merupakan gandingan Quartararo di pasukan Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli, menghuni tangga kesembilan, satu tempat di belakang pendahulu kejohanan, Andrea Dovizioso (Ducati), yang kini hanya memiliki kelebihan satu mata di depan Quartararo dan Vinales.

Bintang tuan rumah, Valentino Rossi, terpaksa menarik diri akibat kemalangan awal sementara perlumbaan Jack Miller diakhiri dengan masalah teknikal manakala Brad Binder juga gagal menyudahkan perlumban.