MotoGP: Morbidelli teraju senarai pelumba selepas tawan GP San Marino

Shaiful Shamsudin
September 13, 2020 14:47 MYT
Franco Morbidelli merangkul kemenangan sulung dalam kancah MotoGP menerusi Grand Prix (GP) San Marino yang menyaksikan Fabio Quartararo terpaksa menyerahkan pendahuluan pelumba kepada Andrea Dovizioso.
Pelumba dari tempatan itu mempamerkan keunggulannya di hadapan sejumlah penonton di Litar Misano itu -- pertama kalinya perlumbaan di buka kepada pengunjung pada tahun ini berikutan penularan COVID-19.
Francesco Bagnaia (Pramac Racing) -- yang bermula di petak keenam -- turut menonjolkan tunggangan menakjubkan untuk menduduki tempat kedua untuk menaiki podium pertamanya sejak sejak kembali daripada kecederaan lutut yang serius.
Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha), yang dibesarkan di bandar berdekatan, Tavullia, begitu hampir untuk meraih podium ke-200 dalam kariernya.
Tetapi jentera Joan Mir (Suzuki Ecstar) ternyata lebih pantas dengan memintas Rossi -- yang pasti berasa kecewa memandangkan Morbidelli dan Bagnaia merupakan lulusan akademinya -- dalam pusingan terakhir sekali gus merampas kedudukan podium tatkala kedua-dua pesaingnya itu memberi fokus dalam usaha menghambat Bagnaia.

? #MotoGP RACE A @FrankyMorbido12 MASTERCLASS AT MISANO!!! ?#FrankySaysRelax | #SanMarinoGP ?? pic.twitter.com/ch0xQPzSQN

— MotoGP™? (@MotoGP) September 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, ia pasti hari yang mahu dilupakan Quartararo selepas pelumba Perancis itu -- diangkat sebagai peserta pilihan -- terbabas di selekoh keempat ketika perlumbaan berbaki 14 pusingan.
Lebih perit, Quartararo - yang bergelut sejak awal perlumbaan -- terpaksa menyerah kalah biarpun berusaha kembali dari hentian pit sambil Dovizioso memintas kedudukannya dalam carta pelumba dengan kelebihan enam mata walaupun menduduki tempat ketujuh.
Maverick Vinales, yang bermula di petak hadapan selepas mencatat rekod sepusingan semalam, turut bergelut untuk mengulangi rentak sesi kelayakan.