MotoGP: Mir-- Quartararo saling memuji keupayaan jentera

Shaiful Shamsudin
September 18, 2020 02:26 MYT
Fabio Quartararo khuatir dengan cabaran daripada Joan Mir dalam Grand Prix (GP)Emilia Romagna, Itali, berikutan jentera sempurna yang dimiliki Suzuki.
Pelumba Yamaha itu memacu awal saingan musim ini menerusi dua kemenangan awal susulan ketiadaan jaguh dunia, Marc Marquez, yang bergelut dengan kecederaan.
Tetapi pelumba Perancis itu, yang belum melakar kemenangan sejak itu sementara minggu lalu tergelincir ke tangga kedua dalam pemburuan gelaran pelumba di belakang Andrea Dovizioso.
Namun, bukannya Ducati, sebaliknya Suzuki yang mengundang kegusaran perhatian Quarataro.
Penunggang kelahiran Sepanyol itu terbabas dalam dua perlumbaan musim ini di sebalik sempat menduduki tempat kelima, kedua, keempat dan meraih tempat ketiga minggu lalu bagi menempatkan diri dalam kelompok empat penunggang terbaik -- 10 mata di belakang Quartararo.
Quartararo menyuarakan pandangan terhadap kemampuan Mir dan rakan sepasukannya di Suzuki, Alex Rins: "Saya khuatir kerana mereka sangat pantas di jalan lurus, mereka mengatasi semua orang, mereka amat pantas.
"Jadi, ya, saya bimbang kerana kedua-dua pelumba sangat pantas.

Ready for Day 1 of the first ever #EmiliaRomagnaGP? Check out Friday's full schedule! ⬇️ ⏰ @TISSOT pic.twitter.com/peumxxhTFg

— MotoGP™? (@MotoGP) September 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mir memiliki keyakinan tinggi, jadi bukan mudah buat kami walaupun kami amat sinonim dengan di litar ini dan secara keseluruhannya, saya berasakan jentera mereka paling sempurna buat masa ini."
Mir berasa geli hati dengan tanggapan itu lalu menjawab: "Saya tidak pasti apakah Fabio pernah menunggang motosikal saya. Sangat seronok untuk mendengar seseorang yang kononnya bercakap macam mengenali jentera saya lebih baik daripada saya.
"Apa yang boleh saya katakan? Sudah tentu motosikal orang lain juga lebih baik daripada yang saya gunakan, itu sudah tentu.
"Ketika ini, posisi pertama menjadi miliknya manakala juara perlumbaan terakhir adalah Yamaha."
#Suzuki #Joan Mir #Fabio Quartararo #GP Emilia Romagna