Menembak: Malaysia rangkul emas, perak double trap

Penulis Jemputan
Ogos 21, 2017 07:40 MYT
Penembak negara, Benjamin Khor Cheng Jie dan Abraham Eng Wei Jin, meraih pingat emas dan perak menerusi acara double trap Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak, Subang, hari ini.
Bermula dari awal pusingan lagi, kedua-kedua penembak negara ini bijak memainkan peranan mereka untuk terus konsisten bagi memastikan untuk mendahului saingan
Ternyata, saingan sebenar hadir pada pusingan terakhir, iaitu pusingan kelima membabitkan penentuan melibatkan Abraham dan Benjamin.
Abraham, yang pada awalnya menguasai empat pusingan awal, gagal untuk mengekalkan prestasi konsisten dalam pusingan penentuan dan ini meluangkan buat Benjamin yang mempamerkan lebih ketepatan di peringkat kemuncak.
"Ia merupakan satu kejayaan yang sangat baik apabila menyaksikan Malaysia muncul pemenang pingat emas dan perak," kata Benjamin.
"Berdasarkan persiapan yang telah dibuat, kami memang berharap untuk meraih pingat dalam Sukan SEA. Saya sangat berbesar hati kerana ini merupakan pingat pertama daripada acara menembak dan berharap lebih banyak lagi kejayaan akan menyusul."
Catatan keseluruhan sebanyak 71 mata menjadikan emas milik Benjamin manakala Abraham meraih perak selepas membuat catatan 66 mata.
"Saya agak kecewa. Saya hampir berjaya meraih pingat emas tetapi disebabkan kesilapan pada penghujung saingan, saya harus berpuas hati dengan pingat perak," kata Abraham.
"Ini bukan kejohanan sasaran saya dan berharap untuk mempamerkan aksi baik dalam Kejohanan Dunia."

#KL2017 #menembak Khairy Jamaluddin ucap tahniah kpd Benjamin Khor yg menang pingat emas sementara, Abraham Eng dapat pingat perak.⁠⁠⁠⁠ pic.twitter.com/HEhEb1iirv

— Harian Metro (Arena) (@ArenaHM) August 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Atlet Thailand, Temmart Sirawit yang mengumpul 44 mata sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.
Skuad menembak negara akan meneruskan buruan emas esok dalam acara 10m air rifle lelaki, 50m pistol lelaki dan 25m wanita.
#Malaysia #KL2017 #Menembak #Double Trap