Memanah: Juwaidi, Fatin sahkan emas ketujuh Malaysia

Penulis Jemputan
Ogos 18, 2017 03:26 MYT
Skuad memanah compound negara menghadiahkan pingat emas ketujuh buat Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan pasangan Myanmar, Aung Ngeain dan Ye Min Swe, 152-14, dalam acara campuran di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN),​ Bukit Jalil, sebentar tadi.
Sebelum itu, pasukan negara berjaya menumbangkan cabaran Singapura (Ang Han Teng dan Madeleine Ong Xue Li) 155-149 dalam saingan suku akhir sebelum mengatasi Vietnam (Chau Kieu Oanh dan Tien Cuong Nguyen) 154-152 di peringkat separuh akhir untuk melangkah ke pentas akhir.
Malaysia selaku tuan rumah yang mempertaruhkan pemenang emas compound berpasukan lelaki dan wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh serta Juwaidi Mazuki, awalnya ketinggalan 75-74.
Namun,selepas kiraan mata semula, Malaysia mendahului 74-65 dalam end pertama setelah lawan dikenakan penalti 10 mata akibat kesilapan Min Swe yang membidik sasaran yang sama buat kali ketiga, sekaligus melanggar peraturan pemanah hanya dibenarkan memanah di sasaran sama sebanyak dua kali maksimum.
End 3 menyaksikan Malaysia terus di depan 114-104 sebelum meneruskan kemaraan sehingga tamat aksi untuk mengesahkan kemenangan.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu.
Di tempat ketiga, Vietnam terlebih dahulu mengesahkan pingat gangsa selepas menewaskan Filipina 159-155.

More GOLD! Pingat EMAS ? ketujuh #MAS ?? di #KL2017 hasil sumbangan @JuwaidiMazuki & @fat_in. Good job, guys! ? #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/cZklwaKzXS

— Team Malaysia (@TeamMsia) August 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#memanah #Sukan SEA 2017 #Mohd Juwaidi Mazuki #Fatin Nurfatehah Mat Salleh #compound berpasukan