Kapten skuad gimrama negara, Chan Mei Thung, merasakan pengorbanannya menangguhkan pelajaran demi menghadapi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah keputusan yang bijak dan berbaloi apabila berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara.

Mei thung bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (spm) pada tahun ini namun dia bersama dua lagi rakan iaitu pasangan adik-beradik, Tee Wee Wen dan Tee Wee Qi, mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi pembelajaran selama tiga bulan demi memberikan fokus kepada proses persiapan bagi menghadapi KL2017.

Ternyata pengorbanan itu amat berbaloi selepas dia dan rakan sepasukan berjaya menyumbang emas dalam acara alatan tunggal berpasukan dengan mengutip 16.050 mata secara keseluruhan.

"Kami mempamerkan rutin yang baik hari ini,” kata Mei Thing.

Dalam masa sama, seorang lagi sepasukan Mei Thing, Amirah Sofiya, menyatakan rasa lega atas sokongan yang diraih daripada semua pihak ketika menghadapi saingan Sukan SEA 2017.

"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kami, kepada ahli keluarga yang memahami segala apa yang kami lalui ketika sesi latihan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Insitut Sukan Negara (ISN) serta rakan sepasukan lain," ujar Amirah.