Atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA), Conor McGregor, memberi amaran keras kepada jaguh tinju, Floyd Mayweather Jr., yang akan menjadi lawannya di Las Vegas pada 26 Ogos ini.

Baru-baru ini, Mayweather mendedahkan bahawa dia akan menggunakan sarung tangan 8 auns berbanding 10 auns yang sering digunakan menjelang aksi menentang McGregor di T-Mobile Arena.

Bagaimanapun, McGregor membalas kenyataan itu menerusi akaun laman sosial Instagram miliknya.

“Satu lagi sesi latihan 12 pusingan pada hari ini. Kami akan memusnahkan Mayweather.

“Pilih apa sahaja sarung tangan yang anda mahu kerana saya hanya menggunakan 4 auns dan langsung tidak memikirkannya,” ujar McGregor.

Bintang Republik Ireland yang terkenal dengan kelantangannya turut memberikan amaran buat bakal pesaingnya itu.

“Saya akan datang dalam keadaan berlari membawakan batu bata untuk anda,” katanya.