Berita baik untuk semua peminat bola sepak dan pelanggan Maxis dan Hotlink kerana anda boleh menikmati tawaran yang hebat pada hujung tahun ini!

Kempen #SebolaSuara Maxis yang bermula dari 20 November hingga 18 Disember menawarkan sejuta pas percuma perlawanan langsung sooka bagi Piala Dunia 2022 untuk ditebus oleh pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Home Fiber melalui aplikasi Maxis dan Hotlink.

Satu kod unik akan dihasilkan pada setiap hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung untuk anda mendapatkan pas percuma tersebut yang boleh ditebus berdasarkan siapa cepat, dia dapat melalui Maxis TV. Caranya:

  1. Lancarkan aplikasi Maxis atau Hotlink setiap hari.
  2. Di skrin utama, klik pada bunting "PERCUMA 1 juta pas perlawanan siaran langsung" atau ikon Maxis TV.
  3. Pilih perlawanan yang anda ingin tonton, salin kod promosi yang disediakan dan klik "Beli sekarang".
  4. Masukkan kod promosi tersebut dan lengkapkan pesanan tanpa caj.
  5. 15 minit sebelum perlawanan pilihan anda bermula, lancarkan Maxis TV dan klik "Tonton sekarang" untuk menyaksikannya secara PERCUMA.

Selain itu, semua pelanggan Maxis dan Hotlink juga layak mendapatkan pas Internet mudah alih 10GB percuma (untuk kegunaan sooka sahaja) yang sah selama 30 hari dari hari penebusan bermula 21 November 2022.

Tambah manis, sempena akhir tahun 2022, pelanggan Maxis dan Hotlink baharu dan semasa boleh menikmati jualan peranti seperti TV pintar dan telefon pintar 4G dan 5G.

Pengguna Maxis Postpaid 98 dan 128 boleh menaik taraf kepada telefon pintar 5G terkini seperti Samsung, honor, OPPO dan vivo dengan harga serendah RM49. Pelanggan Hotlink pula boleh memiliki telefon pintar 4G secara PERCUMA dengan Hotlink Postpaid 60.

Paling menarik, pelanggan Maxis Home Fiber 300Mbps baharu dan sedia ada boleh memiliki TV pintar Samsung 65” pada ansuran RM50/bulan melalui Zerolution.

Untuk maklumat lanjut, sila layari maxis.com.my/sebolasuara atau muat turun aplikasi Maxis atau Hotlink.