Masters Paris: Andy Murray akui sudah tidak seronok main tenis

Muzaffar Musa
Oktober 31, 2023 03:39 MYT
Andy Murray mengakui sudah tidak lagi seronok dengan permainannya selepas sekali lagi tewas kepada pemain Australia, Alex de Minaur, dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Masters Paris awal pagi tadi.
Murray tewas kesemua lima perlawnaan terakhir dengan jaguh Australia itu, termasuk tiga kali musim ini, dengan yang terbaru di Beijing, di mana pemain British itu gagal memanfaatkan tiga mata akhir.
Bekas pemain nombor satu dunia itu kelihatan akan menamatkan badi berkenaan apabila bangkit daripada kekalahan dalam set pertama untuk mendahului 5-2 dalam set penentuan.

*5-2 30-30 *5-4 40-30@alexdeminaur simply CANNOT lose to Andy Murray ? The Aussie extends his H2H vs the Scot to 6-0 by coming back to win 7-6 4-6 7-5 at the #RolexParisMasters! pic.twitter.com/4CSaJrKKvm

— Tennis TV (@TennisTV) October 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Murray gagal memenangi dua game ketika servis di tangannya walaupun memliki peluang mata akhir ketika servis kedua dan pemain nombor 13 dunia berkenaan terpaksa akur dengan kekalahan 6-7, 4-6, 5-7 selepas bertarung selama lebih tiga jam.
Bahkan, Murray kelihatan hilang pertimbangan dengan melemparkan botol dan tualanya sewaktu berehat di tepi gelanggang sebelum menghempas raketnya sebaik tewas mata terakhir.
"Saya langsung tidak rasa seronok dalam perlawanan tadi daripada segi perasaan dan bagaimana saya bermain," kata Murray seperti yang dipetik media-media antarabangsa.
"Sepanjang lima hingga enam bulan terakhir ini, ia tidak begitu menyeronokkan, jadi saya perlu mencari kembali keseronokan itu kerana bermain dalam perlawanan dengan cara seperti itu tidak banyak memberikan perkara positif."
#Andy Murray #ATP #Tenis #Tenis Masters Paris