Cuaca hujan mengganggu perjalanan Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo tetapi tidak menghalang Alzan Karatsev untuk terus mempamerkan permulaan menakjubkan musim ini.

Karatsev, yang mencipta kejutan apabila layak ke separuh akhir Terbuka Australia dan muncul juara kejohanan di Dubai bulan lalu, mengatasi Lorenzo Musetti, pemain muda Itali yang menjadi semifinalis di Acapulco bulan lalu, dengan keputusan straight set selepas empat jam perlawanan itu ditunda.

Dia mendahulu 4-3 dalam set pertama sebelum perlawanan dihentikan dan kelihatan langsung tidak terjejas untuk kembali menyambung permainan dan memenangi dua game berikutnya.

Pemain Russia itu merekodkan 23 winner untuk meraih kemenangan 6-3, 6-4 dalam tempoh 88 minit untuk mencongak perhitungan dengan Stefanos Tsitsipas dalam pusingan kedua.

"Ia sememangnya perlawanan yang sukar, perlawanan pertama saya musim ini di atas gelanggang tanah liat dengan keadaan cuaca seperti ini," kata Karatsev.

"Kami bermula pagi ini dan saya bermain dengan agak baik, saya mematahkan servisnya dan kemudian gelanggang menjadi berat, bola menjadi berat.

"Amat sukar untuk berdepannnya. Dia amat cergas, banyak berlari dan membalas segalanya, jadi anda perlu mencari mata dan mendapatkannya dengan sendiri," katanya.