Masters Cincinnati: Barty bertemu Teichmann dalam final

Muzaffar Musa
Ogos 22, 2021 02:41 MYT
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, mara ke final Kejohanan Tenis Masters Cincinnati dan akan bertemu pemain dengan tiket peluang khas, Jil Teichmann.
Barty layak ke penentuan kejuaraan buat kali keenam musim ini -- final pertamanya di Cincinnati -- selepas menewaskan Angelique Kerber dengan keputusan straight set hari ini.
Beraksi dalam Jelajah WTA buat kali pertama sejak memenangi Kejohanan Wimbledom -- juga selepas beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- jaguh Australia itu melepasi aksi sukar dalam set kedua untuk mara ke final hasil kemenangan 6-2, 7-5.
Seterusnya, dia akan berdepan Teichmann, yang menewaskan Karolina Pliskova untuk bertemu pemain di ranking utama dunia itu buat kali pertama.
Terdahulu, pemain nombor 76 dunia berkenaan telah menyingkiran dua nama besar, iaitu Naomi Osaka dan Belinca Bencic, dan kelihatan lebih layak menang ketika mencatatkan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Pliskova.

One more big effort ? @CincyTennis pic.twitter.com/XYeFvg4qb6

— Ash Barty (@ashbarty) August 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ashleigh Barty #Angelique Kerber #WTA #Tenis #Jil Teichmann #Tenis Masters Cincinnati