Khabib sudah 'bersara secara rasmi', kata presiden UFC

Muzaffar Musa
Mac 19, 2021 05:33 MYT
Presiden UFC, Dana White, berkata Khabib Nurmagomedov sudah "bersara secara rasmi" dan dia turut berterima kasih kepada bintang tidak terkalah itu.
Khabib secara mengejut mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje untuk mempertahankan gelaran lightweight dalam pertarungan UFC 254 pada Oktober tahun lalu, yang turut melebarkan rekodnya kepada 29-0.
Sebelum ini, White kekal berharap agar Khabib dapat kembali ke gelanggang UFC dengan berkata jaguh Russia itu akan mencuba untuk mencapai rekod 30-0.
Tetapi White menamatkan harapannya itu dengan satu ciapan Twitter semalam.

29-0 it is. He is ? officially retired. It was incredible to watch you work @TeamKhabib thank you for EVERYTHING and enjoy whatever is next my friend. pic.twitter.com/QeoSP12zw2

— danawhite (@danawhite) March 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di samping gambarnya bersama Khabib, dia menulis: "Ia adalah 29-0.
"Dia sudah bersara secara rasmi. Ia sesuatu yang luar biasa untuk melihat anda bekerja @TeamKhabib.
"Terima kasih di atas segala-galanya dan nikmatilah apa yang akan tiba seterusnya sahabatku."
#UFC #Dana White #Khabib Nurmagomedov