Kejohanan Wimbledon: Djokovic terus pemburuan gelaran grand slam ke-20

Muzaffar Musa
Julai 9, 2021 23:19 MYT
Novak Djokovic mara ke final Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Denis Shapovalov 7-6, 7-5, 7-5 awal pagi tadi.
Pemain pilihan ke-10, Shapovalov, mempamerkan aksi menghiburkan dalam pertarungan separuh akhir di Centre Court itu, terutama ketika melakukan pukulan kilas sebelah tangan, tetapi turut melakukan beberapa kesilapan ketika cuba menghalang lawan di ranking nombor satu dunia itu daripada mara ke final.
Djokovic seterusnya akan bertemu Matteo Berrettini dalam final hujung minggu ini selepas pemain Itali itu menewaskan Hubert Hurkacz dalam aksi empat set.
Jaguh Serbia itu kini berpeluang untuk menyamai rekod Roger Federer dan Rafael Nadal dengan 20 gelaran grand slam seandainya memenangi perlawanan akhir itu.

#Wimbledon title No.6 is in reach. Defending champion @DjokerNole is into his seventh final at The Championships with a straight sets victory over Denis Shapovalov pic.twitter.com/QpyX7Ho0eZ

— Wimbledon (@Wimbledon) July 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #ATP #Tenis #Grand Slam #Denis Shapovalov #Kejohanan Tenis Wimbledon