Kejohanan Tenis Dubai: Halep rangkul gelaran kedua

Ammar Hakim
Februari 23, 2020 02:33 MYT
Simona Halep merangkul gelaran WTA yang ke-20 dan pertama bagi 2020 selepas mengatasi Elena Rybakina untuk memenangai Kejohanan Tenis Dubai.
Pemain kedua dunia, Halep, bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Rybakina, yang menampilkan persembahan cemerlang sepanjang saingan kali ini.
Tetapi kesilapan pemain berusia 20 tahun itu menyaksikan dia tewas kepada Halep 3-6, 6-3, 7-6 (7-5) selepas bertarung selama dua tahun dan 29 minit, semalam.
Juara 2015, Halep, merampas satu permainan pada awal permainan sebelum Rybakina menampilkan aksi cemerlang menerusi servis dan pukulan kencang untuk memenangi set pertama 6-3.
Ketinggalan satu set menyaksikan Halep berusaha mencari mata penyamaan -- dua break point yang diraih menjadi kelebihannnya sebelum menang set kedua 6-3.

"You just have to fight for every ball - which I did!" New @DDFTennis champion @Simona_Halep reflects on her win! pic.twitter.com/q54et9AiOl

— WTA (@WTA) February 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua finalis memburu kemenangan dalam set ketiga, perlawanan diheret ke tie-break dan Rybakina berjaya mendahului 4-3 sebelum Halep cemerlang memastikan kemenangan 7-5.

20 titles on the 20th anniversary of @DDFTennis in 2020 ? I fought realllly hard for this one and it feels so beautiful ❤️#Sim20 pic.twitter.com/qkoEt7jLS3

— Simona Halep (@Simona_Halep) February 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.