Kejohanan Dalam Dewan World Bowls: Izzat Shameer miliki misi peribadi di Guernsey

Ammar Hakim
April 9, 2024 09:08 MYT
Cuaca sejuk menjadi antara cabaran pemain boling padang kebangsaan, Izzat Shameer Dzulkeple yang bakal menjalani misi peribadi di Kejohanan Dalam Dewan World Bowls di Guernsey, bermula 21 hingga 27 April ini.

Pemain Boling Padang negara, Izzat Shameer nekad tamat badi kegagalan di Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Guernsey!#BolingPadang #NadiArena pic.twitter.com/GB2JUWMmEh

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Izzat tampil dengan keazaman menamatkan badi kegagalan dalam kategori perseorangan dalam dua edisi kejohanan sebelum ini pada 2013 dan 2023.
Biarpun cabaran hebat bakal hadir dari United Kingdom, namun ia bukan penghalang untuk membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar membuat omong kosong.
Beraksi di gelanggang tertutup dengan permukaan yang lebih ringan diakui bakal menyukarkan dirinya untuk membuat balingan 'draw' yang lebih mudah.
Namun Izzat tetap menyasarkan untuk setidak-tidaknya membawa pulang sebarang kilauan pingat.
#boling padang #boling tenpin