Ahmad Muaz Fishol menganggap dia kini di landasan tepat menjelang kejohanan tahun depan selepas menepati ramalan apabila menjuarai boling tenpin Karnival Sukan MSN 2020 di Sunway Mega Lanes, hari ini.

Bagaimanapun, kejayaan Muaz tidak datang bergolek dengan Adrian Ang serta Hafiz Zainuddin sempat memberinya tentangan sengit.

"Saya berasa gembira sebab dekat setahun tidak ada kejohanan.

"Saya rasa bangga dan puas hati kerana dapat kekalkan momentum. Saya harap dapat melayakkan diri ke Sukan SEA 2021.

"Saya mengharapkan pencapaian yang lebih banyak selepas ini," katanya hari ini.

Nerosha Keligit pula tampil sebagai pemain nombor satu perseorangan wanita selepas menewaskan Nur Syazwani dengan 265 jatuhan pin berbanding 177 pin oleh lawannya.