Jelajah WTA: Watson akhiri penantian kejuaraan sejak 2016


Mac 1, 2020 03:03 MYT
Heather Watson meraih kejuaraan Jelajah WTA pertamanya dalam tempoh empat tahun selepas mengatasi Leylah Fernandez dalam perlawanan akhir Terbuka Mexico, sebentar tadi.
Pemain Britain itu mengatasi pemain remaja Kanada berkenaan 6-4, 6-7 (8-10), 6-1 dalam perlawanan antarabangsa WTA di Acapulco.
Gelaran itu adalah keempat dalam karier WTA Watson dan kali terakhir dia muncul pemenang adalah ketika memenangi Terbuka Monterrey pada Mac 2016.

Career title no. 4! ?@HeatherWatson92 outlasts Fernandez 6-4, 6-7(8), 6-1 at @AbiertoTelcel. pic.twitter.com/V3LL5ySYzd

— WTA (@WTA) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fernandez yang berusia 17 tahun pula mengakhiri perlawanan yang tidak dapat dilupakan dalam final WTA pertamanya dan dia sempat memberi saingan sengit kepada lawannya itu.
Watson memenangi keempat-empat permainan pertama sebelum diberikan tentangan hebat dalam set kedua untuk kedua-dua pemain saling miliki peluang terbuka.
Selepas Watson menyelamatkan empat mata akhir untuk menafikan kemenangan Fernandez, giliran remaja pemain itu pula menyelamatkan lima mata akhir permainan untuk mengheret perlawanan ke 'tie break'.
Watson, bagaimanapun, bangkit dengan mendahului selesa 3-0 dalam set ketiga, namun dia masih perlu menempuh lima mata akhir sebelum mengesahkan kemenangannya.
#Heather Watson #Tenis #Jelajah WTA #Leylah Fernandez #Terbuka Mexico