Jelajah Akhir ATP: Djokovic tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bersih

Muzaffar Musa
November 20, 2021 03:17 MYT
Novak Djokovic merekodkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Tenis Jelajah Akhir ATP selepas menewaskan Cameron Norie hanya dalam tempoh sejam di Turin hari ini.
Jaguh Serbia itu sudahpun menjuarai Kumpulan Hijau sebelum perlawanan itu tetapi mengekalkan tahap terbaiknya untuk menewaskan Norrie 6-2, 6-1 dalam pertemuan pertama kedua-dua pemain itu.
Djokovic telah mengesahkan pertemuan dengan Alexander Zverev dalam separuh akhir dan hanya memerlukan 28 minit untuk memenangi set pertama.
Norrie -- yang merupakan pemain gantian selepas Stefanos Tsitsipas mengalami kecederaan -- dapat mempamerkan kemahiran dan keberaniannya dalam kedua tetapi ternyata bergelut untuk bersaing dengan lawan di ranking nombor satu dunia berkenaan.

Masterclass. ? ?? @DjokerNole goes through Green Group undefeated after beating Norrie 6-2, 6-1. Zverev awaits. #NittoATPFinals pic.twitter.com/1nUfuevbOh

— ATP Tour (@atptour) November 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #ATP #Tenis #Cameron Norie #Final Jelajah ATP