Jaringan penyamaan beri suntikan buat Dembele

Penulis Jemputan
November 25, 2018 01:03 MYT
Gol penyamaan yang dihasilkan Ousmane Dembele buat Barcelona sewaktu menentang Atletico Madrid awal pagi tadi akan membantunya menyesuaikan diri di kelab, kata rakan sepasukan, Sergio Busquets.
Selepas jaringan pertama Diego Costa musim ini meletakkan Atletico di depan dalam aksi di Wanda Metropolitano, pengurus Barca, Ernesto Valverde, membawa masuk Dembele.
Pemain Perancis itu menjadi perhatian media akhir-akhir ini akibat gaya hidup peribadinya tetapi meletakkan nota positif menerusi jaringan penyamaan pada minit terakhir aksi.
Gol itu membolehkan Barca terus berada di puncak liga dan Busquets berpendapat ia bakal menjadi titik pengubah buat karier Dembele.
"Jaringan ini datang ketika diperlukan. Dia harus menyesuaikan diri di antara kehidupan peribadi dan bola sepak," ujar Busquets.
"Kami perlu membantunya kerana dia masih muda dan kami tahu dia mampu banyak membantu kami."
Aksi tegang melibatkan kedua-dua pasukan itu tampak bergelut untuk mencipta peluang tatkala jaringan Costa hadir menerusi sepakan sudut pertama perlawanan sambil kapten Barca, Lionel Messi, dikawal ketat sehingga berupaya menghadirkan bantuan jaringan buat Dembele.
"Kami lebih mendominasi dan banyak memegang bola," tambah Busquets.
"Kami yang lebih banyak mencuba untuk menang tetapi saya rasa perlawanan ini seimbang.
"Kami mahu bermain tetapi sukar kerana mereka bekerja keras. Atletico mempamer aksi terbaik dalam perlawanan sebegini."