Jalani pembedahan kedua, Marquez dijangka terlepas perlumbaan di Brno

Ammar Hakim
Ogos 3, 2020 23:39 MYT
Peluang Marc Marquez untuk berlumba di Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini berdepan masalah apabila dia menjalani pembedahan kedua pada lengannya.
Juara MotoGP itu mengalami kecederaan patah tulang humerus selepas terjatuh dalam perlumbaan pembukaan di GP Sepanyol bulan lalu.
Penunggang jentera Repsol Honda, Marquez, berusaha untuk melakukan kebangkitan seminggu selepas perlumbaan di Jerez untuk saingan GP Andalusia sebelum menarik diri apabila berasa kesakitan di bahagian bahu dalam sesi kelayakan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan Isnin lalu berkata Marquez memerlukan pembedahan kedua ekoran plet titanium yang diletak di lengannya mengalamn kerosakan.
Marquez akan kekal di hospital selama 48 jam, bermakna harapan pelumba kelahiran Sepanyol itu untuk beraksi di Brno tidak kesampaian.

BREAKING: Big injury setback for @marcmarquez93! ?#MotoGP | ?https://t.co/IFNXSkCUgr

— MotoGP™? (@MotoGP) August 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.