John Isner berada di landasan terbaik untuk mara ke final Terbuka Atlanta selepas layak ke suku akhir, semalam.

Pemain Amerika Syarikat itu -- yang merupakan pilihan kedua kejohanan -- mengatasi Vasek Pospisil 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua.

Isner -- yang baru merangkul kejuaraan di Newport -- merupakan juara tiga kali kejohanan itu bagi edisi 2013 sehingga 2015.

Dia bakal berdepan Lukas Lacko dalam aksi seterusnya selepas wakil Slovakia itu mudah mengatasi pilihan keenam, Donald Young, 6-4, 6-1.

Gilles Muller -- yang menyingkirkan Rafael Nadal di Wimbledon awal bulan ini -- turut mara selepas melakar kemenangan 6-4, 6-7 (1-7), 6-3 ke atas Quentin Halys.

Muller bakal berdepan Tommy Paul, yang mengetepikan cabaran Malek Jaziri 6-7 (5-7), 6-4, 6-3.