Hup Wei sasar lompat 2.20m di Sydney

Ammar Hakim
Februari 18, 2020 11:07 MYT
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, menetapkan sasaran tinggi dalam saingan Trek Klasik Sydney, Sabtu ini -- kejohanan sulung tahun ini untuk membuktikan dia prospek terbaik layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Hup Wei menetapkan ketinggian 2.20 meter di Sydney.
Ia sasaran tinggi memandangkan kejohanan pertama selalunya sukar untuk mana-mana atlet.
Malah rakan sepelatih, Nauraj Singh hanya melepasi 2.05m dalam saingan Trek Klasik Canberra, minggu lalu.
"Saya mahu memperbetulkan teknik saya ketika menghadapi kejohanan itu. Ini merupakan pertandingan pertama dan meletakkan sasaran 2.20m ke atas. Kali terakhir memenangi kejohanan di sana pada 2018," kata Hup Wei.

#SEAGames2019 | #Athletics (M) ? Lee Hup Wei - 2.21m ? @Navraj40 - 2.21m Up for #MAS ??! Double pingat berjaya diraih oleh atlet-atlet lompat tinggi negara ini. Well done, guys! ? #TeamMsiaSukanSEA2019 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/3JE0Yi9oh4

— Team Malaysia (@TeamMsia) December 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.