Holyfield ikut jejak langkah Tyson, bakal kembali ke gelanggang

Ammar Hakim
Mei 7, 2020 22:42 MYT
Evander Holyfield mengikut jejak langkah seteru, Mike Tyson, selepas mengumumkan berancang untuk kembali ke gelanggang pada usia 57 tahun.
Holyfield tidak beraksi sejak Mei 2011, apabila dia menumbangkan Brian Nielsen dalam perlawanan profesionalnya yang ke-57 dan mengumumkan persaraan pada 2014.
Juara dalam kategori cruiserweight dan heavyweight, Holyfield kekal sebagai juara dunia empat kali dalam kategori heavyweight.
Kini Holyfield mendedahkan dia akan kembali ke gelanggang untuk perlawanan pertunjukkan untuk meraih dana amal Unite 4 Our Fight.
"Sudahkah anda bersedia? Saat yang anda nanti-nantikan... Sang juara sudah kembali," katanya menerusi Twitter.
"Saya ingin mengumumkan bakal membuat penampilan semula dan perlawanan ini adalah bertujuan amal."

Are you ready? The moment you've all been waiting for... The Champ is back! ? I'd like to announce that I will be making a comeback to the ring. I will be fighting in exhibition matches for a great cause: #Unite4OurFight. Learn more: https://t.co/dfSo0HvV2O pic.twitter.com/8PfrzalHty

— Evander Holyfield (@holyfield) May 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Unite 4 Our Fight akan mengutip dana bagi membantu kanak-kanak memperoleh 'pendidikan perkembangan dalam sosial dan emosi' sepanjang pandemik koronavirus.
"Kempen #Unite4OurFight bertujuan untuk mengisi kekosongan yang dihasilkan oleh pandemic bagi memberikan akses kepada golongan belia yang memerlukan perkembangan emosional dan pendidikan."
Pengumuman Holyfield hadir selepas Tyson, yang turut mengumumkan mahu kembali ke gelanggang dalam perlawanan amal.
#Tinju #Mike Tyson #Evander Holyfield