Hamilton lakar sejarah, rekod kemenangan ke-92 dalam F1

Ammar Hakim
Oktober 26, 2020 00:07 MYT
Lewis Hamilton melakar sejarah selepas meraih kemenangan ke-92 dalam saingan Formula Satu (F1) di Grand Prix Portugal semalam.
Selepas menyamai rekod 91 kemenangan Michael Schumacher di Grand Prix Eifel sebelum ini, Hamilton melakar penanda aras baru di Portimao bagi memastikan dia bergelar salah seorang pelumba terbaik sepanjang zaman.
Pelumba Mercedes itu melanjutkan kelebihan dalam saingan kejuaraan ke atas rakan sepasukan, Valtteri Bottas, kepada 77 mata bagi meningkatkan peluang untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali ketujuh.
Hamilton yang bermula di petak pertama jatuh ke tempat ketiga pada pusingan kedua tetapi berjaya memintas Bottas yang menamatkan saingan di tempat kedua sementara Max Verstappen ketiga.

9⃣2⃣ race wins!@LewisHamilton rewrites the #F1 history books #PortugueseGP ?? pic.twitter.com/rPBSACeX3G

— Formula 1 (@F1) October 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.