Hafizh Syahrin Abdullah terkilan apabila Grand Prix (GP) di litar Itali, Misano, bagi menggantikan pembatalan MotoGP Malaysia.

Langkah itu diambil berikutan kes COVID-19 yang masih belum ada tanda reda di Malaysia dan sekalipun terpaksa akur, El Pescao mengakui rindu untuk menunggang di depan peminat negara selepas hampir dua tahun hanya beraksi di litar-litar Eropah.

"Bagi pihak saya ketiadaan perlumbaan di Sepang memang mengecewakan.

"Saya tidak pernah berkesempatan berlumba dalam Moto2 dengan menggunakan enjin Triumph di depan peminat negara.

"Kali terakhir saya berlumba di sana (Sepang) adalah pada 2018 bersama KTM.

"Belum tentu pelumba Malaysia ada dalam MotoGP tahun depan dan ia agak sukar.

"Ramai peminat Valentino Rossi juga ingat melihatnya berlumba di Sepang buat kali terakhir tapi hajat itu tidak kesampaian.

"Apa yang boleh saya cakap, harap semua orang kekal selamat dan teruskan menyokong. Saya harap ada rezeki berjumpa tahun depan.

"Agak kurang menarik berlumba berulang kali di Eropah kerana ketiadaan perlumbaan di Asia seperti di Jepun, Australia dan Malaysia," kata pelumba pasukan NTS RW Racing itu di Nadi Arena sebentar tadi.