Hafizh Syahrin kemalangan di Austria

Muzaffar Musa
Ogos 16, 2020 13:31 MYT
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.
Insiden yang menimpa pelumba Aspar Team itu berlaku di selekoh pertama pusingan keempat selepas pelumba pasukan Italtrans Racing Team, Enea Bastianini, terlebih dahulu terjatuh dan jenteranya tertinggal di tengah-tengah litar.
Malang buat Hafizh Syahrin, yang sedang memecut selepas memintas beberapa pelumba lain, apabila gagal mengelak jentera di tengah-tengah litar berkenaan.
Pelumba negara itu kelihatan melambung tinggi dan kedua-dua jentera yang bertembung itu berkecai sebelum bendera merah dikibarkan.
Doktor dan pegawai perubatan bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberikan bantuan awal kepada Hafizh Syahrin sebelum dia dikejarkan ke pusat perubatan dengan Ambulans.
Komisar perlumbaan memberikan pengesahan awal bahawa semua pelumba yang terlibat berada dalam keadaan sedar.

OH MY GOD! Enea Bastianini suffers a major crash in the middle of the traffic in Turn 1 and another rider collides with his bike! ?#MotoGP #MotoMad #AustrianGP #Moto2 pic.twitter.com/GNcWn6illV

— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#motoGP #Sukan Permotoran #Hafizh Syahrin Abdullah