Hafiz berdepan cabaran beraksi dalam Liga Australia

Penulis Jemputan
Jun 16, 2019 12:08 MYT
Mohd Hafiz Zainol berdepan cabaran sebenar untuk membuktikan kualiti pemain hoki negara apabila dijadual berlepas ke Sydney, Australia minggu depan bagi menyertai kelab Sutherland Hockey dalam pusingan kedua Liga Australia selepas meledak satu gol dalam dua perlawanan.
Satu gol dalam dua perlawanan adalah statistik yang baik untuk bekas penyerang skuad Projek 2013 itu.
Hafiz lewat menyertai Liga Hoki Australia kerana beraksi di Oman, pusingan kedua cabaran sebenar untuk penyerang berusia 26 tahun itu membuktikan kualiti pemain dari Malaysia.
"Saya ada masalah visa sebelum ini tetapi semua sudah selesai dan bakal beraksi dalam Liga Australia. Saya berharap untuk mempamerkan aksi cemerlang untuk membuka peluang kepada lebih ramai pemain negara beraksi di sana nanti," katanya.
Hafiz pernah beraksi dalam Liga Scotland, Itali dan Oman. Jika dia berjaya memikat pasukan di Australia, tidak mustahil ia akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain negara menyertai saingan kompetitif bekas juara dunia dan Olimpik itu.