Ketua pasukan Eropah, Padraig Harrington, meratapi permulaan sukar ketika menentang Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama, tetapi dia tetap optimis mereka mampu mempertahankan Piala Ryder.

Pasukan Europah menghadapi ujian getir dalam usaha mempertahankan mahkota mereka itu di Whistling Straits, di mana tuan rumah memungut bekalan 6-2 --- pendahuluan terbesar pada hari pembukaan sejak Piala Ryder diperkenalkan pada 1975.

Pasukan Eropah bergelut untuk menyerlah ketika permainan 'foursomes' pada sebelah pagi dan 'four-ball' di sebelah petang, sementara juara utama empat kali, Rory McIlroy, yang tewas dalam kedua-dua perlawanannya bakal diketepikan untuk aksi foursomes, esok.

Walaupun gagal menetapi perancangan asal, Harrington menekankan betapa pentingnya keputusan membabitkan Jon Rahm-Tyrrell Hatton dan Viktor Hovland-Tommy Fleetwood ketika menentang Scottie Scheffler-Bryson DeChambeau dan Justin Thomas-Patrick Cantlay.

"Tidak syak lagi ini adalah hari yang sukar," kata Harrington kepada wartawan.

"Jelas 2-6 bukan seperti yang kami harapkan. Masih ada 20 mata untuk direbut. Kami baru saja beraksi sekitar 25 peratus di peringkat ini. Ini bukan satu permulaan yang baik tetapi masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan.



"Pasukan saya bermain dengan baik hari ini. Hanya beberapa kali momentum dan pukulan tidak menjadi. Kami memerlukan sedikit momentum. Ia tidak menyebelahi kami.

"Saya rasa dalam beberapa aksi di penghujung hari ini, ketika saingan menjadi sangat sengit, kedua-dua pemain kami berjaya mengatasinya dan pastinya pada awalnya timbul perasaan bahawa kami tidak mampu melakukannya -- kedua-dua babak itu sangat penting untuk kami dan birdie terakhir Tyrrell sangat penting dalam situasi tersebut.

"Tapi kami mampu meraih kemenangan -- kami tidak seharusnya kalah.

"Mungkin momentum terjejas sedikit dan kami berasa baik-baik sahaja mengenainya. Jelas sekali kami akan berdepan hari yang mencabar apabila turun esok."