Golf Klasik Honda: Steele cabar kejuaraan, Koepka, Fowler pula gagal lepasi pusingan

Shaiful Shamsudin
Februari 29, 2020 04:00 MYT
Brendan Steele mengungguli Kejohanan Golf Klasik Honda sambil Brooks Koepka dan Rickie Fowler gagal melepasi pusingan kedua itu sebentar tadi.
Steele merekodkan tiga di bawah par 67 untuk memperoleh kelebihan satu pukulan selepas pusingan kedua Kejohanan Jelajah PGA itu di Palm Beach Gardens, Florida.
Juara tiga kali Kejohanan Jelajah itu, yang masih tercari-cari gelaran pertamanya sejak 2017, menyempurnakan lima birdie dan dua bogey untuk berada dalam senarai lima di bawah par dalam saingan 36 lubang itu di Kelab Golf Nasional PGA.
J.T. Poston (69) dan dua pemain Inggeris, Luke Donald (66) dan Lee Westwood (69), pula ketinggalan satu pukulan manakala Gary Woodland (67), Nick Watney (66), Sepp Straka dan Cameron Davis (67) melengkapkan kedudukan lima pemain teratas.
Harris English dan Tom Lewis yang masing-masing memimpin pusingan pembukaan semalam bagaimanapun bergelut pada hari seterusnya.
Catatan 74 menyaksikan English tergelincir di tangga ke-24 sementara Lewis merekod lima di atas par 75 untuk ketinggalan dengan satu pukulan.

Leaderboard thru 36 holes @TheHondaClassic: 1. @Brendan_Steele (-5) T2. @JT_ThePostman (-4) T2. @LukeDonald T2. @WestwoodLee T5. @GaryWoodland (-3) T5. Nick Watney T5. @seppstraka T5. @camdavisgolf pic.twitter.com/7BQlkDgIVe

— PGA TOUR (@PGATOUR) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan pusingan yang tidak dapat dilupakan bagi bekas pemain nombor satu dunia, Koepka dan Fowler, apabila gagal meneruskan cabaran pada hujung minggu ini.
Penyingkiran pemain ditetapkan tiga di atas par dan juara empat kali gelaran utama, Koepka, melakukan lapan atas par dengan catatan 74 berturut-turut -- dua bogey berganda dan bogey.
"Saya mencabarnya dengan baik," kata Koepka, yang terlepas aksi Piala Presiden pada Disember lalu akibat kecederaan lutut.
"Saya gembira dengan pukulan hari ini. Segala-galanya bagus, tiada rungutan dan ia tiada kena mengena dengan lutut saya.
"Saya hanya perlu tingkat persembahan sedikit, mendapat rentak dan lebih kerap melakukan sentuhan di kawasan green, saya perlu mendapatkan keyakinan. Tetapi mengenai cara saya membuat pukulan, saya berasa sangat gembira dengannya."

206-yard eagle hole-out!. ?@CA_Schwartzel drains it from long range. ?#QuickHits pic.twitter.com/eXdR7frf5i

— PGA TOUR (@PGATOUR) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakan senegaranya di Amerika Syarikat, Fowler, melakar 68 tetapi masih gagal lolos berikutan catatan empat di atas par manakala Justin Rose (74) dan juara bertahan, Keith Mitchell (72), turut mengikut jejaknya.
#Golf #Brooks Koepka #Brendan Steele #Jelajah PGA #Kejohanan Golf Klasik Honda