Golf Klasik Celtic: Horsfield raih kejayaan berganda Jelajah Eropah

Shaiful Shamsudin
Ogos 17, 2020 03:07 MYT
Sam Horsfield dinobatkan gelaran Jelajah Eropah buat kali kedua bulan ini selepas mengungguli Kejohanan Golf Klasik Celtic, awal pagi tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu meraih kejayaan sulungnya menerusi Terbuka Pahlawan pada awal bulan ini dan walaupun mempamerkan prestasi mengecewakan dalam Kejohanan English, dia bangkit dengan menakjubkan di Newport.
Catatan 7 di bawah par 64 pada hari kedua mencerahkan peluangnya dan meskipun Connor Syme memimpin carta untuk ke pusingan akhir, sang juara itu mencatatkan 67 pukulan untuk melakar keputusan keseluruhan, 18 di bawah par, pada minggu ini.
Permainan tergendala akibat ribut petir tetapi Horsfield masih mampu melengkapkan sembilan lubang terakhir dan menerusi tiga pukulan tiga di bawah par ketika ini, dia berjaya mengekalkan pendahuluan.

? Win ❌ Missed cut ? Win Sam Horsfield wins the #CelticClassic, his second win in three starts. pic.twitter.com/hDz7R7zWSG

— The European Tour (@EuropeanTour) August 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas permainan tertunda selama dua jam, Horsfield hanya mampu membuat satu birdie lagi tetapi apa yang paling penting, dia tidak tercicir pukulan dan berhasil mengelak kesilapan di lubang 17 bagi meredakan kegelisahannya menjelang lubang terakhir.
Dia selamat menyempurnakan lubang 18 dengan par lima untuk sekali gus mengetepikan cabaran pesaing terdekat dari Belgium, Thomas Detry, di samping Syme sementara Andrew Johnston dan Thomas Pieters di kedudukan ketiga.