Gold Coast 2018: Zalina belum jamin peroleh emas

Penulis Jemputan
April 4, 2018 05:06 MYT
Pengalaman luas belum menjamin apa-apa untuk atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, membutirkan emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Zalina enggan bersandarkan kepada pengalaman luas beraksi di pentas itu sejak edisi Luala Lumpur 1998 semata-mata untuk diletak sebagai sandaran utama dalam menghadirkan ema, tatkala empat lagi rakan sepasukannya tidak kurang hebatnya untuk membantu negara.
Dia yang bakal beraksi bagi acara empat sepasukan dan berpasangan turut percaya kemampuan pemain lain selepas tampil aksi konsisten dalam tiga perlawanan persahabatan sepanjang di Gold Coast.
Hanya Australia yang dilihat akan memberi tentangan sengit bagi peringkat kumpulan untuk acara berpasukan dan Malaysia perlu berada di kedudukan dua terbaik untuk layak ke suku akhir.
"Pengalaman yang saya ada, saya akan kongsi kepada adik-adik yang lain. Tidak ramai sebenarnya pemain baru.
"Cuma, di peringkat Sukan Komanwel ini, mungkin ada yang kali pertama dan ada yang kali kedua.
"Kebanyakan mereka hadir buat kali kedua atau ketiga. Jadi, pengalaman beraksi di peringkat Sukan Komanwel, mereka sudah ada dan tidak banyak yang boleh saya kongsikan, sebab mereka sudah laluinya sendiri," katanya.
JADUAL BOLING PADANG
Khamis
PERSEORANGAN WANITA (PUSINGAN 1) :
Emma Firyana Saroji lwn Katherine Rednall
• 7.00 Pagi
TRIPLES LELAKI (PUSINGAN 1)
Malaysia lwn Ireland Utara
• 7.00 Pagi
PERSEORANGAN WANITA (PUSINGAN 2) :
Emma Firyana Saroji lwn Litia Tikoisuva
• 10.00 Pagi
TRIPLES LELAKI (PUSINGAN 2)
Malaysia lwn Kepulauan Cook
• 10.00 Pagi
BERPASANGAN LELAKI (PUSINGAN 1)
Malaysia lwn India
• 2.00 Petang
4 SEPASUKAN WANITA (PUSINGAN 1)
Malaysia lwn Kepulauan Cook
• 2.00 Petang
BERPASANGAN LELAKI (PUSINGAN 2)
Malaysia lwn Kepulauan Norfolk
• 5.00 Petang
4 SEPASUKAN WANITA (PUSINGAN 2)
Malaysia lwn Namibia
• 2.00 Petang
#Malaysia #Sukan Komanwel #Siti Zalina Ahmad #Gold Coast 2018 #Boling padang negara