Final ATP: Penantian Nadal berterusan selepas disingkir Medvedev

Muzaffar Musa
November 22, 2020 05:55 MYT
Penantian Rafael Nadal untuk memenangi kejuaraan pertama dalam Kejohanan Jelajah Final ATP berpanjangan sekurang-kurangnya untuk setahun lagi selepas disingkirkan oleh Daniil Medvedev dalam perlawanan separuh akhir di London malam tadi.
Pemain nombur dua dunia itu sudah memenangi 86 gelaran acara perseorangan, termasuk 20 daripadanya merupakan gelaran utama, tetapi masih belum mengecap gemilang dalam kejohanan penutup musim itu.
Laluannya disekat Medvedev, yang akan mencongak perhitungan dengan naib juara musim lalu, Dominic Thiem, selepas mencatatkan kemenangan 3-6, 7-6, 6-3.
Medvedev jelas berada di prestasi terbaik biarpun Nadal menggunakan sepenuhnya kekuatan pukulannya untuk memenangi set pembukaan sebelum bangkit daripada ketinggalan 1-4 dalam tie break set kedua.
Medvedev secara luar biasa mempamerkan aksi bertenaga dan selepas memenangi set kedua, dia mengekalkan momentum sama untuk memenangi dua mata break dalam set penentuan bagi meraikan kemenangan pertamanya ke atas Nadal.

The Medvedev Machine marches past Nadal! ? Will he go all the way on Sunday? ? ?: @TennisTV | @DaniilMedwed | #NittoATPFinalspic.twitter.com/EldpQpAFRV

— ATP Tour (@atptour) November 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #Tenis #Danill Medvedev #Kejohanan Jelajah Final ATP