Farkhan lengkapkan minggu cemerlang Johor

Penulis Jemputan
Disember 30, 2019 10:07 MYT
Kejayaan peninju profesional negara, Mohd Farkhan Haron, mempertahankan tiga tali pinggang kejuaraannya melengkapkan minggu cemerlang sukan Johor selepas Johor Tigris menjulang Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) kelmarin.
Suasana seperti ini menggambarkan betapa negeri dari Selatan itu di landasan tepat untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), Julai tahun depan.
Apatah lagi, jumlah penonton dan pencapaian atlet melengkapkan minggu cemerlang mereka.
Ia akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi ujian penting dalam Sukma.
“Bermula dengan kejayaan bola sepak, dari situ rakyat Johor mula bangkit dan tahun ini adalah kemuncaknya.
“Farkhan akan melonjakkan Sukma 2020 untuk (Johor) terus ke ke depan lagi (dalam bidang sukan)," kata seorang peminat yang hadir menyaksikan pertarungan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA), malam tadi.
Tambah seorang lagi penonton yang hadir: "Saya sudah mengikuti (pertarungannya) sejak awal lagi.
"Dia bekerja keras dan mempunyai semangat."
Editor: Shaiful Shamsudin