F1: Verstappen pamer perlumbaan cemerlang di GP Sepanyol

Ammar Hakim
Mei 22, 2022 17:45 MYT
Max Verstappen bangkit daripada masalah di awal pusingan untuk memenangi Grand Prix Sepanyol yang penuh dramatik dan mendahului kejuaraan selepas Charles Leclerc gagal melengkapkan perlumbaan.
Leclerc kelihatan bersedia untuk meningkatkan kelebihannya ke atas Verstappen dalam keadaan panas yang membakar di Litar de Barcelona-Catalunya, tetapi perlumbaan pemandu Ferrari itu berakhir apabila dia kehilangan kuasa sambil mendahului dengan selesa pada pusingan ke-23.
Verstappen pernah mengalami masalah pada pusingan kesembilan dan juga mengalami masalah DRS, tetapi pelumba kelahiran Belanda itu mendahului Red Bull satu-dua untuk kemenangan ketiga berturut-turut untuk mengatasi Leclerc dalam kedudukan pemandu.
George Russell menamatkan saingan di tempat ketiga, dengan rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton berusaha untuk kembali ke landasan apbila menduduki tempat kelima di belakang Carlos Sainz walaupun mengalami tayar bocor pada pusingan pertama.

MAX VERSTAPPEN REIGNS IN SPAIN!!! ? Sergio Perez makes it a 1-2 for Red Bull with George Russell taking third ?? #SpanishGP #F1 pic.twitter.com/AzptXc6Kpq

— Formula 1 (@F1) May 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.