F1: Schumacher kekal pemandu Haas bagi musim 2022

Muzaffar Musa
September 24, 2021 02:05 MYT
Mick Schumacher mengekalkan kedudukannya selaku pemandu pasukan Haas bagi saingan Formula 1 (F1) musim 2022.
Pemandu berusia 22 tahun itu dan rakan sepasukannya, Nikita Mazepin, akan kekal membawa cabaran pasukan itu selepas memikat hati prinsipal, Guenther Steiner.
Schumacher -- anak kepada legenda F1, Micheal Schumacher -- dan Mazepin menyertai pasukan Amerika Syarikat itu daripada saingan Formula 2 (F2) musim ini.
Steiner berkata: "Kami sedar kami mahu mengekalkan pemandu kami bagi musim 2022 dan saya gembira untuk mengesahkan bahawa Mick Schumacher dan Nikita Mazepin akan mewakili pasukan Uralkali Haas F1 bagi tahun depan.
"Musim 2021 telah memberikan kedua-dua pemandu itu peluang untuk menimba ilmu mengenai Formula 1 -- sebagai muka baru -- dan mereka telah banyak membuktikannya sepanjang tahun ini.
"Ia sudah pasti musim yang sukar dengan pakej yang kami ada tetapi pada masa sama, mereka telah mengambil cabaran itu dan berusaha dengan rapat bersama pasukan untuk mempelajari proses dan menyesuaikan diri dengan sensasi satu musim Formula 1 dan semua yang ada bersamanya -- secara dalaman dan luaran."

Guenther pleased to have the continuity with Mick and Nikita remaining with the team, taking us forward into 2022.#HaasF1 pic.twitter.com/fa8aJ2qgqQ

— Haas F1 Team (@HaasF1Team) September 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum melangkah ke arena F1, Schumacher memenangi Kejuaraan Eropah Formula 3 (F3) dan gelaran F2.
Dia dan Mazepin masih belum meraih sebarang mata sepanjang musim ini tetapi Schumacher gembira dengan pengalaman yang diperolehnya.
"Dengan menjadi seorang yang berada dalam dunia Formula 1, impian saya menjadi kenyataan.
"Tahun pertama bersama Haas F1 amat mengujakan dan berguna, dan saya yakin dapat memanfaatkan pengalaman yang saya kumpulkan untuk tahun depan," katanya
#Michael Schumacher #Sukan Permotoran #Formula 1 #Mick Schumacher #Nikita Mazepin #Kejuaraan Dunia Formula 1