Raheem Sterling menggesa supaya tenang dan menawarkan perspektif atas kritikan persembahan England ketika seri tanpa jaringan dengan Scotland dalam perlawanan kedua Euro 2020.

England di bawah tekanan selepas persembahan kurang cemerlang ketika bertemu Scotland, dengan jangkaan tinggi diletakkan kepada pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Sterling berkata semua perkara negatif harus diketepikan, menyatakan juara Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah yang terdahulu turut memulakan saingan dengan perlahan.

England memperoleh empat mata daripada dua aksi pembukaan Kumpulan D, dengan Sterling meledak gol kemenangan ketika mengatasi Croatia 1-0, menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Republik Czech.

"[Pengurus England] Gareth [Southgate] menunjukkan kepada kami statistik sesetengah pasukan yang cemerlang dalam kejohanan dan di mana mereka selepas memenangi dua perlawanan pertama," katanya.

"Ia membuktikan perjalanan masih baru dan kami harus membina bagi membentuk pasukan yang lebih ampuh."

"Ini adalah senario lain di mana kita mendapat empat mata, inilah bukanlah pengakhiran. Dia cuba membuat kami kekal positif.

"Dia hanya menunjukkan kepada kami dalam kejohanan sebelumnya bahawa bukan setiap pasukan yang memenangi beberapa perlawanan pertama akan terus menang.

"Kadang kala, pasukan yang telah seri dua perlawanan pertama mereka menang jadi kami harus terus bermotivasi, gembira dan menikmati bola sepak kami."