Kempen cemerlang Euro 2020 Itali berlanjutan awal pagi tadi selepas mereka menewaskan Belgium 2-1 di Munich untuk membuat pertembungan separuh akhir dengan Sepanyol.

Jaringan mantap daripada Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne meletakkan Itali mendahului dengan dua jaringan menjelang minit ke-44, tetapi Belgium mengurangkan defisit jaringan hasil sepakan penalti Romelu Lukaku.

Lukaku hampir menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua, namun skuad kendalian Roberto Mancini turut menampilkan aksi yang terbaik dalam pertemuan pertama kali berdepan Itali dalam kejohanan utama.

The Azzurri akan bertemu Sepanyol di Stadium Wembley Selasa ini selepas skuad kendalian Luis Enrique menyingkirkan Switzerland menerusi penalti.

Itali membuka jaringan pada minit ke-13, tetapi percubaan Leonardo Bonucci dinafikan VAR selepas berada dalam kedudukan ofsaid.

Gianluigi Donnarumma menafikan dua percubaan Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, sebelum Azzurri mendahului pada minit ke-31 apabila Barella merembat bola mengatasi Thibaut Courtois untuk jaringannya yang keenam di peringkat antarabangsa.

Itali menggandaka jaringan seminit sebelum berakhirnya separuh masa pertama apabila Insigne berjaya menemui ruang untuk menembusi gawang yang dikawal rapi Courtois dari luar kotak penalti.

Belgium mengurangkan defisit jaringan dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

Penyerang Inter, Lukaku, berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas perlawanan melewati 60 minit waktu permainan, tetapi percubaannya terkena Leonardo Spinazzola.

Doku turut menemui jaringan, namun skuad kendalian Roberto Martinez terpaksa berputih mata sekaligus menyaksikan perjalanan mereka dalam Kejuaraan Eropah berakhir.