Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, mengakui pasukannya bimbang dengan penularan COVID-19 selepas Billy Gilmour diuji positif menjelang perlawanan Euro 2020.

Dalic yakin namun setiap pemain Croatia akan mengetepikan perasaan mereka bagi mengejar tempat ke pusingan 16 bertemu Scotland.

Ketika Gilmour memasuki 10 hari pengasingan diri menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D, tiada kontak rapat terhasil dalam skuad kendalian Steve Clarke.

Dalic berasakan peraturan COVID yang lebih luas telah diberikan Croatia dalam kejohanan ini dan berjaga-jaga sekiranya berlaku komplikasi lebih lanjut.

"Ada tekanan untuk kita semua, berlangsung selama sebulan yang berkaitan dengan keadaan ini," kata pengendali berusia 54 tahun itu.

"Setiap hari ketiga, kami melalui ujian. Terdapat tekanan psikologi dan ketidakpastian. Oleh itu, kami bimbang sesuatu akan berlaku, mereka positif dan kami semua akhirnya mengasingkan diri dan menghadapi masalah serius itu. Saya berharap tidak ada pemain lain positif. Saya tidak mahu ini perkara ini berlarutan. Mudah-mudahan, ia hanya satu kes.

"Kami bimbang tetapi kami harus melakukan perlawanan ini. Kami harus bermain dan berusaha memenangi tiga mata.

"Kami baru tiba di Glasgow, makan tengah hari dan kami akan mengadakan pertemuan. Tetapi saya tidak mengharapkan ada yang mengatakan bahawa mereka tidak mahu bermain.

"Mereka semua takut tetapi, bagaimanapun, kami harus bermain, menumpukan perhatian pada permainan dan melupakan yang lain. Begitulah keadaannya untuk keseluruhan Euro ini.

"Kami mengambil semua langkah berjaga-jaga dan melaksanakan semua langkah. Tetapi kita hanya perlu melihat apa yang berlaku. "