Ekuestrian: Skuad polo rangkul emas

Penulis Jemputan
Ogos 29, 2017 13:11 MYT
MALAYSIA 9 THAILAND 8
Malaysia berhadapan tentangan Thailand dalam aksi akhir polo ekuestrian, namun tetap memimpin permainan sehingga tamat dengan keputusan 9-8 di Pusat Ekuestrian Putrajaya​ hari ini untuk meraih emas.
Menerusi rekod sempurna Malaysia selaku pasukan yang belum pernah ditewaskan, ternyata aksi akhir memberi situasia yang berbeza.
Dalam aksi chukka pertama, Malaysia mudah mendahului permainan 3-1 hasil jaringan Mohd Zulhelmie Nadzar, Tengku Ahmad Syazril Ezani dan Abdul Rashid Hasnan selain jaringan Thailand berpunca daripada Nattapom Pratumlee.
Thailand, bagaimanapun, mengejar dalam chukka kedua apabila berjaya mengikat kedudukan 4-4.
Situasi itu ternyata membahayakan skuad negara dan pergerakan drastik mula dirangka dalam chukka ketiga dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol.
Persaingan sengit dalam chukka keempat menyaksikan Thailand yang cuba untuk mendominasi, namun berkesudahan dengan kelebihan yang memihak Malaysia 9-8.

Congratulations Abah and Team. #Malaysia are the #KL2017 Polo Gold Medalists ?#BangkitBersama #KitaJuara #CiptaSejarahBersama pic.twitter.com/aJcOjfgKgK

— twtmarathon (@twtmarathon) August 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sudah tentu perasaannya cukup berbeza apabila dapat meraih pingat emas. Saya berharap kita dapat meneruskan momentum sehingga esok," kata pemain polo negara, Khairy Jamaluddin
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #polo