Cub Prix: Yamaha Tekhne AHM Motorsports bakal beri tumpuan kepada kategori CP125?

Ammar Hakim
Mac 29, 2024 04:36 MYT
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Yamaha Tekhne AHM Motorsports, William Chua Jin Wei, memperluaskan lagi pasukannya dengan memberikan tumpuan kepada kategori CP 125 setelah hanya menumpukan kepada kategori CP150.
Selepas kehadiran ramai penunggang dalam pasukan, ia menjadi satu inisiatif pasukan untuk memperkenalkan pasukan mereka dalam kategori CP125 menjelang saingan Cub Prix yang bakal berlangsung di Tangkak 4-5 Mei ini.

CEO Yamaha Tekhne AHM Motorsports, William Chua Jin Wei akan turut memberi tumpuan kepada kategori CP 125 setelah hanya menumpukan kepada kategori CP 150 sblm ini. Iqbal Amri antara nama yang dicanang bakal merampas posisi Md Akid Aziz di Litar Tangkak 4-5 Mei. @ASTROARENA pic.twitter.com/jCOMybBZmI

— Faizal Bazari (@faizalbazario) March 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Inisiatif itu diambil untuk dijadikan pelantar buat penunggang pasukannya meraih pengalaman sekaligus memperbaiki corak perlumbaan.
Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
#Permotoran #Cub Prix