Cub Prix: Aiman Tahiruddin sedia keluarkan senjata rahsia di Litar Tangkak

Saufi Tahir
Mac 28, 2024 11:54 MYT
Pelumba Jetro Yamaha YY Pang Kategori CP150, Muhamad Aiman Tahiruddin, melaungkan amaran awal untuk mencabar gelaran yang dimiliki pelumba Petronas Sprinta CKJ Racing, Muhamad Akid Aziz, dalam usaha untuk merebut podium pada perlumbaan pusingan kedua Cub Prix 2024 di Litar Tangkak pada 4 dan 5 Mei depan.
Biarpun hanya menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-10 dalam perlumbaan pusingan pertama di Litar Jasin Bestari sebelum ini, namun kini dia bakal turun ke litar dengan senjata rahsia yang hanya akan dipertontonkan dalam saingan seterusnya nanti.
Dengan keupayaan jentera Yamaha YY Pang, dia mengakui kini komposisi fizikalnya yang lebih tegap amat sesuai dengan jentera tersebut memandangkan jentera tersebut lebih besar daripada jenteranya sebelum ini.

Pelumba Yamaha YY Pang CP 150, Aiman Tahiruddin laung amaran kepada Md Akid Aziz dengan jentera ditunggangnya Yamaha CKJ Racing menuju perlumbaan pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak 4-5 Mei ini. Ini juga merupakan tahun pertama dirinya bersama pasukan YY Pang. @ASTROARENA pic.twitter.com/4qv8Xh3EJR

— Faizal Bazari (@faizalbazario) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Target saya adalah untuk mengakhiri perlumbaan dalam kedudukan lima terbaik dan mengumpul mata."
"Kelebihan jentera ini adalah kami senang untuk berkerjasama serta bersama pasukan yang sentiasa bersedia untuk membantu terutamanya bagi memberikan saingan dalam perlumbaan nanti.
"Kami akan mencari penetapan jentera yang lebih baik nanti, saya akan memberikan yang terbaik dalam perlumbaan kerana itu merupakan cabaran saya."
#Permotoran #Cub Prix #Aiman Tahiruddin