Covid-19: Tiada keputusan mengenai NBA hingga bulan depan

Muzaffar Musa
April 7, 2020 01:32 MYT
Pesuruhjaya NBA, Adam Silver, berkata liga itu tidak dapat mengeluarkan sebarang keputusan mengenai kemungkinan untuk melengkapkan musim 2019-20, yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, sehingga bulan depan.
Liga NBA digantung sehingga 11 Mac ini berikutan krisis Covid-19, yang telah mengorbankan lebih daripada 74,600 mangsa di seluruh dunia.
Bercakap menerusi akaun Twitter rasmi NBA, Silver berkata terdapat terlalu banyak faktor berbeza untuk mempertimbangkan pelan berpotensi bagi menyambung semula kempen musim ini
"Pada dasarnya, apa yang saya katakan kepada orang saya sepanjang minggu lalu ialah kita hanya perlu menerimanya, sekurang-kurangnya sehingga penghujung bulan April ini.
"Kami tidak akan berada di kedudukan untuk membuat apa-apa keputusan.
"Dan saya tidak fikir ia akan diumumkan pada 1 Mei ini," katanya.

#NBATogether with Ernie Johnson starts now! Tune in as @TurnerSportsEJ is joined by NBA Commissioner Adam Silver. https://t.co/q2fHoajecr

— NBA (@NBA) April 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Silver berkata liga berkenaan sedang mengkaji segala senario untuk memulakan semula liga di sebalik kemungkinan untuk meneruskannya ke saingan palyoff apabila kempen musim ini bersambung.
Tetapi dengan terlalu banyak persoalan mengenai koronavirus, amat mustahil untuk menetapkan sebarang perancangan.
"Berada di sini pada hari ini, saya lebih tidak tahu berbanding sebelum ini (ketika penundaan liga itu diumumkan bulan lalu)," tambahnya.
#NBA #Bola Keranjang #Covid-19