Sukan SEA 2021 tidak akan berlangsung tahun ini selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) bersetuju untuk menundanya ke tahun depan.

Keputusan itu disahkan hari ini oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Penangguhan temasya dwi-tahunan edisi ke-31 yang pada awalnya akan diadakan di Hanoi, Vietnam, itu pada November ini sudah pun dijangka berikutan peningkatan kes COVID-19 di wilayah terbabit.

Menurut satu kenyataan rasmi sebentar tadi, tarikh baru penganjurannya akan ditentukan oleh Majlis SEAGF.

Kalendar sukan tahun depan secara tidak langsung cukup meriah buat atlet negara yang turut akan menghadapi Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Malaysia (Sukma).