Covid-19: McGregor mencarut kehilangan ibu saudara

Shaiful Shamsudin
Mac 15, 2020 01:12 MYT
Conor McGregor meluahkan kemarahannya terhadap kebodohan wabak koronavirus baru (Covid-19) apabila mendedahkan kematian ibu saudaranya akibat masalah pernafasan.
Bintang UFC dari Ireland itu menggunakan media sosial untuk memberi penghormatan kepada ibu saudaranya sambil menyatakan kekhuatirannya mengenai penularan Covid-19 di seluruh dunia.
Eropah telah mengisytiharkannya sebagai pandemik dengan hampir 100 kes telah disahkan di Ireland termasuk satu kematian -- wanita tua yang mempunyai masalah kesihatan.
McGregor, bagaimanapun, tidak menjelaskan sama ada ibu saudaranya mati secara langsung daripada wabak itu tetapi atlet berusia 31 tahun berkenaan -- muncul di televisyen Amerika Syarikat (AS) ketika memaklumkan berita tersebut -- menyeru semua orang agar bersama-sama memberinya perhatian.
"Ketika duduk di kerusi sebelum bersiaran secara langsung dalam satu program sembang pagi di AS, saya menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa ibu saudara saya, Anne, telah meninggal dunia," katanya di Instagram.
"Kemudian saya tidak dapat muncul secara langsung. Kasihan ibu saudara kesayangan saya yang mesra itu. Wabak bodoh ini. Apakah yang terjadi.
"Saya membawa keluarga saya ke pulau untuk melihat ke laut, menarik nafas panjang.
"Teruskan bersatu hati. Kita semua saling menyayangi. Bersemadilah dengan aman Anne Moore, saya sayangkan awak."
McGregor, yang kembali ke kancah UFC dengan kemenangan ke atas Donald Cerrone Januari lalu, berkata dia lebih mudah terdedah ekoran rejim latihannya.
"Saya akan berlatih sehingga ke tahap imunisasi yang rendah. Ia tidak dapat dielakkan berikutan ketekalan latihan saya," katanya di media sosial.
"Sistem imun saya akan diuji. Selalu saya akan mudah mendapat selesema dan kurang sihat sedikit.
"Jagalah kebersihan dan ruang peribadi sendiri."
#UFC #Conor McGregor #Covid-19